Pages

Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Sunday, August 26, 2012

Suasana Hari Raya 2012



Assalamualaikum....

Mode raya masih ada..huhu...
Nak share skit suasana hari raya kami sekeluarga...
Gambar atas tu kami sekeluarga dgn nenek..dan kurang 3 org..abg second n wife n anak dia..
Pagi raya mcm biasa, masak masak dulu lepas tu pergi sembahyang raya...
Balik tu makan-makan dulu kat rumah...dan salam-salam bermaafan...

Di sebabkan abg sorang lg tak balik, kami pergi la senawang jenguk mereka...
Kesian org mengandung tak boleh nak balik atas nasihat doktor...
Pergi lah kami beraya ke Senawang...
Jumpa Irfan..


Petang tu juga balik semula ke kampung...
Ramai dah ada kat rumah atok..
Full dah semua sedara mara...

Raya kedua pula selalunya hari yang kami tunggu tunggu..
Bangun pagi tu ada sesi ambil gambar dan sesi bagi bagi duit raya....
tahun ni ada lebih sikit sebab atok dapat duit peneroka Najib bagi..huhu...
Kami pon dapat la tempiasnya...

Lepas siap bagi bagi duit tu gerak lah kami beraya sama sama...
raya kedua ni beraya mesti sampai malam...
makan pon tak boleh banyak..
makan sikit sikit je..

Ni lah kami sepanjang raya kedua...



 Kami semua...

 Orang kaya dapat duit Najib..huhu..
Nama je anak peneroka tapi semua ni kaya kaya..  :P




 With Izyan...
One of my closest cousin..
Dia baru beli iPhone :P


 With my kakak ipar yang first...
Dia dah kurus skrg..jelesnya!!


 My Atok Molek...
Maaf tok...
kita banyak buat dosa..huhu..



 With Anie...
We proud to be Johorean!!


 I love all of them!!!
Cousins...kurang sorang tengah makan..huhu


 With Anie again...
Geng gosip..
haha...
dan geng meronggeng..


Atok 1 Malaysia...hahaha..



Lepas tu mari serbu rumah orang!!


Honestly I already miss them...
Miss the jokes...
Miss the talks...
Ahhh.....Can't wait for next raya!
huhu...

Next event, hari bertunang PP..InsyaAllah kami berkumpul lagi..
yeay!!


How's ur Raya? :)




Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya 2012


Assalamualaikum....

Hai semua!!

Selamat Hari Raya Aidilfiltri kepada ahli keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan semua yg membaca....
Maaf atas segala salah laku, terkasar bahasa. terguris rasa..
Saya hanya manusia biasa yg selalu melakukan kesilapan...
Harap hari ni kita semua bergembira disamping ahli keluarga yang tercinta...

Semoga hidup kita lebih diberkati oleh Allah...
Semoga kita berjumpa Ramadan tahun depan...


Makan ketupat lemang tu ingat-ingt yeee...hehehe...



Friday, November 11, 2011

Raya Haji 2011, Soto, Rendang dan In Time

Assalamualaikum..

Alamak...lama pula biarkan entry ni dlm draft...tak sempat nak edit and post..Dah terlalu lambat ke nak cerita pasal Raya Haji?hahaha...ah..lantak lah..
Tahun ni raya haji kat KL je...tak balik kampung pon...So sambutan kitorang sederhana je la...
Tapi mewah dengan makanan jugak lah!

Pagi tu semua pergi sembahyang raya...Oh dengan tak malunya cakap..ni lah first time jejak masjid kat Balakong ni...! 
Balik sembanhyang je tanpa menunggu lembu disembelih, makan kat rumah...antara makanan yang disajikan adalah...jeng..jeng..jeng..



 

Menu utama adalah soto..eh mestilah..kan dah tunjuk cara-cara buat begedil...huhu...
Dan hidangan lain adalah rendang ayam...kalau raya puasa pon atok tak pernah buat rendang..nak merasa makan rendang tunggu orang 'monjong'..haaaa...amik ko..bahasa jawa dah keluar!!haha...
buka kamus bahasa jawa cepat!...

 

Tak dapat nak buat tutorial sebab tak cukup ilmu...tak concentrate dengan pembelajaran membuat rendang..haha..


Saja nak tayang soto lagi..hehe

Then lepas selesai makan, rehat-rehat jap...tengok tv..gosip-gosip..tengah hari tu cabut! pergi jusco dengan abang n wife dia.. oh kami pakai baju kurung..feeling raya...

Boleh tak beraya kat Starbucks?

Tudung pinjam..


Jemput minum...tapi order dan bayar sendiri ye...huhu

Lepas minum-minum...eh tak sampai suku pon minum keluar idea nak tengok wayang..
Ok fine....masuk cinema, pakai baju kurung yang agak nipis...tanpa sebarang sweater...dan baru lepas minum ice..memang best...Tapi nasib baik lah cinema tu tak sejuk sangat...terima kasih lah kerana memahami...


tengok In Time...
I love Amanda's shoes!!!
time dia lari je mesti fokus kasut dia..


sekian sahaja cerita raya haji kami...tak ada yang special..tapi kami happy.. ;)


Monday, November 7, 2011

Cara-cara membuat bergedel/begedel...

Assalamualaikum...

Nak kongsi sikit cara-cara membuat begedel... Begedel ke Bergedel?? Mana-mana lah ye..hehe
Resepi ni diambil dari Atok Molek..Nenek saya..hehe

Bahan-bahan: 
  • Kentang goreng
  • ubi (optional)
  • isi ayam / daging yang dah di goreng / rebus
  • lada sulah
  • daun sup & daun bawang
  • bawang goreng
  • garam
 Cara-caranya:

Memula, lenyekkan kentang goreng yang tengah panas tu..Kalau letak ubi pon lenyekkan sama..
Tapi masa ni tak letak ubi pon...Kentang je..
Lepas tu, letak isi ayam yg dah digoreng dan dikisar...
Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa..
Campurkan semua daun sup, daun bawang dan bawang goreng..
Gaulkan semua bahan-bahan tu sampai rata...


 

Lepas tu bentukkan dia bulat macam ni... Ikut saiz sesuka hati..
Boleh juga simpan kat dalam fridge kalau tak nak masak habis..



Ok, bila nak goreng, pecah kan sebiji telur, dan ambil begedel tadi, salut kan dengan telur dan goreng!


Dan bolehlah dimakan dengan soto di pagi raya!..hehe
Btw yang ni buat sendiri tau malam raya haji...
Walaupon tak balik rumah atok, still mengikut tradisi keluarga..
dan tak lah berebut nak makan begedel..hehe..


 

Selamat Mencuba!!
 

Monday, September 5, 2011

Juadah Raya Ke-3

 Assalamualaikum...

Cerita raya tak habis lagi..huhu..
Kali ni acara masak memasak di hari raya ke 3..
Orang lain sibuk buat ketupat, rendang, kuah kacang..
Tapi kami sibuk buat nasi beriyani..
Ni semua kerana cousin kami dapat daging kambing 3kg for FREE dari company dia..
Terima Kasih Pharmaniaga..hahha

Bangun pagi tu lepas Subuh yang agak lewat sebab Imam dah balik Melaka..huhu
Terus lipat selimut sebab esok nak balik dah so kena lah bekerja keras sikit hari ni..
Pergi dapur tengok apa yang boleh di tolong..
Sidai kain baju sume...
Mula la sesi memasak nasi beriyani..

Memula tumis dulu rempah ratus dalam kuali...
Lepas tu masuk dalam rice cooker dengan santan dan yogurt..


 Tunggu sampai mendidih dulu..


 Then baru boleh masukkan beras yang dah di basuh..


Taadaaaa!!! Nasi dah masak!



Lauk nya pula daging kambing masak beriyani..


 Ayam masak merah..

 dan juga acar buah dan acar sayur..


 Adeh...tetibe rasa lapar....huhu...


 Berlakon itu perlu! ;P


Huh! ni memang betul-betul sedap ni!!
Haa..yang baju pink tu la bawak daging kambing free tu..
still available..huhu :P


Sunday, September 4, 2011

Suasana Hari Raya 2011

Assalamualaikum..
Rindunya suasana raya kat kampung...ish..baru 2 hari balik..huhu..
tapi tak pe la..ada lagi tugas penting kena buat..
Kena study untuk final exam nanti...
Study awal sebab nanti cousin nak bertunang, so takde la nanti risau nak study..

Hari-hari view gambar raya..huhu...
dan dalam sehari tu bukan sekali je..berkali-kali ok...
Seronok je teringat masa tu...

Raya 1st, tak ramai sangat..pergi beraya belah ayah..
then malam tu balik, ramai dah sedara-mara sampai..
sampai-sampai je terus ambil gambar..haha..

berlakon itu perlu!
Raya 2nd pula kami akan pakai baju sedondon semua...
terutama sekali yang perempuan..
dan masa ni juga la sesi salam bermaafan dan collect duit raya bermula..hehe


 Kaunter-kaunter bank yang dah dibuka..
masih takde pelanggan..

Kunter dah diserang..huhu
Lepas salam-salam, sesi bergambar pula...

Family saya yang tak cukup...
saya 3 beradik je..
Sorang lagi abang raya rumah mertua dia..


 Budak-budak ni memang macam ni kalau dah terlampau seronok..huhu.


Cucu-cucu perempuan dan yang duduk kiri dan kanan, cucu menantu..

 Cucu-cucu lelaki yang terlampau seronok..huhu
Oh dan juga Cicit lelaki ynag bawah sekali kiri dan kanan...


 Orang menang pilihanraya...huhu


Irfan: Satu Malaysia!
Adeeb: Peace!





Dan ini lah kami keluarga Joeros...
gabungan Johariah(nenek) dan Badros(Datuk)..
Tapi datuk kami dah tak ada...


Miss this moments...

Saturday, September 3, 2011

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya 2011

Selamat Hari Raya Aidilfiltri..
Maaf terkasar bahasa dalam penulisan blog ni..
Semoga bergembira dihari yang mulia ini..
Jangan makan banyak sangat!

Nak duit raya! :D

Sunday, August 28, 2011

Balik Kampung

Balik kampung..oooo...balik kampung.....
Now on the way balik muar..dalam bas..