Selamat Hari Raya Aidilfiltri..
Maaf terkasar bahasa dalam penulisan blog ni..
Semoga bergembira dihari yang mulia ini..
Jangan makan banyak sangat!
Nak duit raya! :D
Tuesday, August 30, 2011
Sunday, August 28, 2011
Berbuka dikampung
Menu buka kat kampung..
Lontong!
Selamat sampai sini petang tadi dijemput oleh jejaka-jejaka macho..haha..
Terima kasih daun keladi, raya depan jemput lah lagi...hehe...
Sekarang tengah borak-borak sebelum solat jemaah Isya'...
Eh imam dah panggil pulak..huhu
selamat menyambut hari raya!
Lontong!
Selamat sampai sini petang tadi dijemput oleh jejaka-jejaka macho..haha..
Terima kasih daun keladi, raya depan jemput lah lagi...hehe...
Sekarang tengah borak-borak sebelum solat jemaah Isya'...
Eh imam dah panggil pulak..huhu
selamat menyambut hari raya!
Friday, August 26, 2011
Berbuka dirumah
Assalamualaikum..
Lepas balik dari shopping, sempat lagi tidur dalam kereta sebab jalan jam..
huhu..
Memula mak cakap takut tak sempat nak masak, ayam tak keluarkan lagi..
masa tu dah pukul 4.30 macam tu..
Balik je terus ke dapur..
Mak masak Laksa Goreng!
My favorite!
Tadaaa...ni la Laksa Goreng...
Jarang jumpa kat luar..
Bukan jarang, memang tak pernah..
huhu..
Dulu mak pernah buat open house dan buat laksa goreng ni..
ada cousin sorang ni datang makan, dia tak cakap pape pon..
lepas tu mak dia call tanya macam mana buat laksa goreng tu..
anak dia suruh buat, dia cakap sedap..
hahaha...
Yang ni ikan dori...
saya yang masak...
Oh, kemasinan yang melampau disini..hahahha..
yang ni pula sup jagung bersama tauhu yang lembik tu dan crabstick..
Sedappppppp Gileee...!!
Dalam takut tak sempat masak, tetibe banyak pula yang dimasak..Family ni memang tak makan nasi masa buka..kalau sahur makan nasi la...Masa buka ni suka makan macam mee ke, soto ke... Lain sikit dari hari biasa..So, kalau puasa je menu mesti special sikit..tu yang best buka kat rumah..huhu...
Lepas makan tu Abang and wife dia ajak pergi Jusco...Ikut je lah..Diorang nak shopping, saya tengok je la...Dah kering dah beg duit..huhu...Duduk diam-diam sudah..janji dapat jalan...
Orang nak belanja kita terima jela yee...
Kalau kat Starbucks my favorite mesti la Java Chip..
Walaupon ada niat nak order yang lain, tapi mesti macam takut menyesal je tak order Java Chip..huhu..
Dah puas berjalan sehari...
esok nya kena balik ke melaka semula...
ish...mood tak best disitu...
takpe la still ade 1 kelas kena attend...then boleh balik kampung terus..
coz mak dan ayah dah balik kampung dulu masa hantar sekali ke melaka..
Puasa dah nak habis, sekejap je rasanya...
Macam tak puas menikmati bulan puasa ni...
sebab tak banyak benda yang menarik...
Haaaa....tapi yang menariknya...
EHEM...
SAYA TURUN 2KG SINCE 1ST RAMADAN OK!
heheheh....
Anda pula naik ke turun??
Lalalala...
Shopping Raya!!
Sambung entry lepas..
Dah habis urusan di Maybank, teruskan perjalanan ke KL.. For sure la ke Jln TAR..syorga shopping dah dekat raya ni..huhu
first pergi sogo dulu coz masa ni hujan gerimis.. Sambil tu cari baju untuk anak buah, untuk ayah.. Then tetibe rasa nak beli kasut..huhu..dapatlah sepasang kasut raya.. Tu pon setelah sejam round.. Saya memang bermasalah sikit nak berkenan dengan kasut..
Lepas tu pergi la round Jalan TAR.. Ish..orang ni semua tak reti nak pergi kerja ke? Hari selasa pon ramai orang.. Kat sini dapat la rembat beberapa helai shawl.. Tapi semua tak maching dengan baju raya..huhu..
Lepas balik dari shopping tu sesi masak memasak pulak.. Tu nanti lah cerita.. Next entry.. Byeeeee....!
Dah habis urusan di Maybank, teruskan perjalanan ke KL.. For sure la ke Jln TAR..syorga shopping dah dekat raya ni..huhu
first pergi sogo dulu coz masa ni hujan gerimis.. Sambil tu cari baju untuk anak buah, untuk ayah.. Then tetibe rasa nak beli kasut..huhu..dapatlah sepasang kasut raya.. Tu pon setelah sejam round.. Saya memang bermasalah sikit nak berkenan dengan kasut..
Lepas tu pergi la round Jalan TAR.. Ish..orang ni semua tak reti nak pergi kerja ke? Hari selasa pon ramai orang.. Kat sini dapat la rembat beberapa helai shawl.. Tapi semua tak maching dengan baju raya..huhu..
Lepas balik dari shopping tu sesi masak memasak pulak.. Tu nanti lah cerita.. Next entry.. Byeeeee....!
Insurance
Isnin lepas balik rumah.. Finally dapat juga berbuka dekat rumah.. Lepas je submit FYP terus ambil bas..oh ye..dah habis ke'busy'an dengan FYP..lega rasanya bila dah submit..
Hari selasa plan nak pergi Jalan TAR..biasalah dah dekat-dekat Raya ni..Jalan TAR lah jadi bestfriend!
Sebelum tu, singgah Maybank dekat Alam Damai.. Ermmm...
Mak n ayah suruh ambil insurance...dulu ambil insurance Yippie..tapi dah besar, kenalah ambil insurance orang besar..Sekarang tengah study, mak yang bayar tiap-tiap bulan..nanti dah kerja sambung lah sendiri..
Insurance ni selalunya orang ingat masa dah susah je..masa senang macam ni tak ingat pon...
"sediakan payung sebelum hujan"
Sunday, August 21, 2011
Menu Buka Puasa
Yes, tolong percaya saya yang masak!
Selalu nya just grill atas dapur je guna non-stick pan..
tapi sebab special request nak BBQ...
Marinated spices yang sama je...
Bahan-bahan:
6 pcs of chicken
4 tbsp plain yogurt
1tbsp black pepper powder
1tbsp cumin powder
1tbsp garam massala
1tbsp ginger garlic paste
1tbsp chilli powder
1/2 tbspturmeric
salt
1/2 lemon
Just campur la semua tu dan perap la lebih 4jam..Sehari pon lagi baik..Saya selalu berhari-hari..hehe..
Selamat mencuba...
Wednesday, August 17, 2011
Maintaining Microsoft SQL Server 2008!
Gatal nak ambil additional course...Haa, hambek ko..kelas suppose start at 7pm..but, coz of buka puasa muslims boleh datang lambat sikit...lambat sikit hape?paling koman pon pukul 8pm..sejam rugi...bayar tu..
masa discuss timetable untuk kita buka puasa mula-mula nak start awal dan bagi rehat masa buka tu..tapi ade pulak sorang ni ada kelas sampai pukul 7pm...dan dah pening nak cari hari lain sebab ada je excuse student lain... last-last ikut jadual asal start pukul 7pm...so, meng'anak tirikan' kami yg muslims...bukan nye aku sorang je yang muslim..ade juga budak lain..lecturer bukan muslim, so dia tak kisah je la..tapi at least dia dah try nak tukar masa....tak pe lah..
Ada 2 kali je kelas malam...yang lain kelas pagi..bila kelas pagi tu of coz la aku tak akan tidur lepas sahur...terlajak karang rugi je..huhu..yes, aku sangat berkira! ;p
Fokus!!Fokus!!
Final Year Project, please don't make my life harder!
Oh, currently doing my report for final year project...
Dizzy and lack of idea!!
Come on.....I need ideassssssssss to write....
Oh, doing report and blogging at the same time?
Don't follow this adik-adik...
Due date is next Monday!
Wednesday, August 10, 2011
Secure Password dengan SuperGenPass
Assalammualaikum...
Hari ni saya nak kongsi sikit pasal IT...Oh ye, saya ambil course Security Technology sekarang..So saya nak kongsi macam mana nak secure kite punya password.
Pernah dengar tak SuperGenPass? Ia adalah sebuah bookmarlet (a bookmark consisting mostly of JavaScript code) yang dimana menggunakan master password untuk create password kita..
Macam mana ia dikatakan secure adalah kerana password kita akan di generate kan dengan kombinasi domain name dan master password kita.. misal kata kita login yahoo account, bila kita generate password dari SuperGenPass, ia combinekan yahoo site dan master password kita.. So dengan cara ni boleh mengelakkan 'Phishing'...If ada orang hantar email suruh update Maybank account kita, dia akan link kan ke url dia yang sangat menyerupai website Maybank2u..so bila kita key-in user and password, dia akan capture info kita tadi..dengan menggunakan SuperGenPass, walaupon kita key-in user dan password kedalam website yang salah, password kita jadi salah kerana domain name website tu lain dari Maybank2u yang asal..
Pergi ke http://supergenpass.com/
right klik dan bookmark this link.
Box ni akan keluar dan save dekat bookmarks toolbar..
So, dia akan save kat atas ni...
Konon la nak tukar password kita...pergi ke change password dan klik kat SuperGenPass yang dah di save di bookmark tadi..nanti akan keluar box kecil tu..so masukkan master password anda..tak kisah la ape pon janji jangan lupa!..lepastu tekan submit...
Lepas tu dia akan generate kan password untuk kita dan automatik dia isi dalam textbox tu..tapi jangan lupe tukar current password tu kepada password asal kita...Lepas tu save!
Untuk Log-in, masukkan username dan klik kat SuperGenPass Bookmark, Enter master password..dan submit...dan boleh lah sign in...
So mudah je nak secure password kita... Selamat mencuba! ;)
Tuesday, August 9, 2011
Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Assalamualaikum
Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!! Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)
Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama2 kita belajar...
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...
Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.
*dapat email ni dari cousin...
Monday, August 8, 2011
Jadualku padat!
Assalamualaikum..
Ya Allah, permudahkan lah segala urusan ku....
Waaaaaaa.....banyaknya benda nak settle kan.....
Sampaikan tak last week pening tak tau nak buat yang mana dulu...
dan seminggu tu tak buat apa-apa pon sebab fikir nak buat mana dulu..huhu...
Alhamdulillah, weekend dapat study untuk test...
Dan disebabkan jadual padat (mengalahkan artis!) puasa ni tak sempat lagi balik rumah..
maybe nak balik weekend 20-21aug tu nanti..
tapi 22 nak submit interim report..harap dapat siapkan awal lah...
Dulu time Diploma sangat lah relax!
sekarang..haaa hambekk ko!
Subscribe to:
Posts (Atom)