Monday, November 7, 2011

Cara-cara membuat bergedel/begedel...

Assalamualaikum...

Nak kongsi sikit cara-cara membuat begedel... Begedel ke Bergedel?? Mana-mana lah ye..hehe
Resepi ni diambil dari Atok Molek..Nenek saya..hehe

Bahan-bahan: 
  • Kentang goreng
  • ubi (optional)
  • isi ayam / daging yang dah di goreng / rebus
  • lada sulah
  • daun sup & daun bawang
  • bawang goreng
  • garam
 Cara-caranya:

Memula, lenyekkan kentang goreng yang tengah panas tu..Kalau letak ubi pon lenyekkan sama..
Tapi masa ni tak letak ubi pon...Kentang je..
Lepas tu, letak isi ayam yg dah digoreng dan dikisar...
Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa..
Campurkan semua daun sup, daun bawang dan bawang goreng..
Gaulkan semua bahan-bahan tu sampai rata...


 

Lepas tu bentukkan dia bulat macam ni... Ikut saiz sesuka hati..
Boleh juga simpan kat dalam fridge kalau tak nak masak habis..



Ok, bila nak goreng, pecah kan sebiji telur, dan ambil begedel tadi, salut kan dengan telur dan goreng!


Dan bolehlah dimakan dengan soto di pagi raya!..hehe
Btw yang ni buat sendiri tau malam raya haji...
Walaupon tak balik rumah atok, still mengikut tradisi keluarga..
dan tak lah berebut nak makan begedel..hehe..


 

Selamat Mencuba!!
 

8 comments:

Che Kay said...

SOTOOOOOOO!!!!! Pergh godaan betul ni!!! sedap tul makan begedel dgn soto kan! Raya puasa tiap2 tahun mesti masak soto. =)

KiUk said...

haha..betol!!
soto sgt sedap dgn begedel..
raya n puasa mesti ada soto.. :D

Nava Krishnan said...

Looks so yummy and nice combo with the noodles.

zool said...

Nyum..nyum..
Best ni

eencyweency said...

Bergedil???soto???sedapnye!!!lapa pulak pagi2 ni..teringin soto...

Farid Iqbal said...

macam kuali rumah atuk... haha

shima said...

wah yummy!! sedapnye begedil...nak try buat la :)

KiUk said...

Nava Krishnan : yeah!!

zool: best2..hehe

eencyweency : haha..nasib lah..

Farid Iqbal: dah kuali anak dia...sama je la..

shima: buat jgn tak buat!