Monday, November 28, 2011

Restoran Sekinchan Ikan Bakar

Assalamualaikum..

Pergh...entry ni dah berminggu-minggu duduk dalam draft... Malas gile nak menaip..huhu...
Hari tu mak n ayah, Ing sefamily datang sebab nak kosongkan rumah..
Rumah lama which is rumah Ing, dah dijual..so kena la pindah rumah baru..dan rumah yang lama tu kena lah di kosongkan..sementara nak tunggu lori datang memindah kan barang ke KL, buat sementara ni tumppang semua barang kat rumah baru ni..Rumah lama tingkat 3, rumah baru ground floor...nasib lah tak payah naik tangga..huhu...

Malam tu kami makan kat depan Mydin, pernah ternampak restoran ni dulu..so, ambil peluang lah kan ajak makan sini...huhuhu...

 
Sekinchan Ikan Bakar..

Semua makanan kat sini berasaskan 'bakar'...takde nye ko nak order sayur kailan ikan masin..TAKDE..


 
kerang dan kupang eh??ke lala? ngee... ;P


Ikan pari yang sangat besar!!


Sayur-sayuran, udang dan sotong


dan pelbagai jenis ikan...hehe


Kitorang ambil ikan jenahak 'kot', sotong, dan sayur..


dia ada 3 jenis kuah..original, 3rasa dan sekinchan berapi..
Tapi seriously yang original paling sedap..
yang lain-lain tak best..
oh, kitorang asingkan kuah dari ikan dan sotong sebab takut pedas nak bagi Irfan makan..


Tibe-tiba dia tidur pulak...haih..






kalau nak minum, order lah jus epal dan asam boi ni..
sangat sedap!!!
masa order air ni bab asam boi ni kena slow skit sebut..nanti bos dengar, terus tak leh order..huhu..
nasib baik line clear..
dan hasilnya sangat memuaskan!!
hahaha...


Overall restoran ni, makanan dia biasa je...takde lah sedap sangat yang sampai wow..biasa-biasa je lah...harga dia sangat lah mahal...ikan bakar sekor tu dah RM50 dah..sayur tu RM10..sebab tu lah tak order banyak-banyak...tapi nasib air dia sedap..huhu..

Pada sesiapa nak try, restoran ni kat depan Mydin MITC...

 ;)


1 comment:

Kendra Bing said...

Discover blogs, pics and videos you otherwise wouldn't have at http://kendrabing.com Or submit your own today!