Saturday, April 30, 2011

Selamat Tinggal ~

Assalamualaikum....



Hari ni hari yang bermakna buat mak dan ayah. Mereka akan pergi mengerjakan Umrah. Aku gembira buat mereka dan aku sedih sendiri. Sebab tinggal lah aku sendirian meneruskan praktikal ku ini. Terasa sangat susah tanpa mereka.






Setiap pagi aku akan bangun bila bunyi alarm. 
Tetapi kadang-kadang aku akan baring balik lepas tutup alarm, sampailah mak akan masuk bilik kejut aku. 
Lepas ni aku kene terus bangun tanpa siapa akan kejut. 




****

Setiap pagi mak akan bangun awal dari aku sebab nak masakkan air untuk aku mandi. 
Lepas ni aku kene la mandi air sejuk je. 




****

Setiap pagi mak akan buat sarapan untuk aku dan ayah sebelum pergi kerja.
 Lepas ni aku makan cereal je la dengan susu, dah beli awal-awal untuk sarapan aku nanti. 




****


Setiap pagi ayah hantar aku pergi kerja sampai depan ofis, selalu memerhati sebuah motor besar yang selalu pergi dan balik sama-sama kitorang, dan bila nampak je motor tu aku atau ayah akan cakap dulu "ha tu". Kalau ayah pergi outstation, mak akan hantar aku sampai stesen komuter. 
Sampai ofis je mesti akan sms mak, ckp dah sampai ofis. 
Lepas ni, abang aku kene hantar ke stesen lrt. 




****




Tengahari aku kadang-kadang tak pergi makan sebab mak ada bekalkan makanan.
 Lagipon tengah berusaha nak kawal pemakanan. 
Makan sikit je untuk alas perut, tak payah makan nasi pon tak apa.
 Kadang-kadang juga tengahari aku, ayah datang ofis aku makan sama-sama dengan aku. 
Pernah juga ayah hantar makanan sebab kawan dia bagi lebih. 
Lepas ni kene la cari makan sendiri.






****




Jam pukul 5pm je aku akan tunggu panggilan ayah. 
Bila dia call cakap dah gerak, dalam 5minit lepas tu aku akan turun.
 Balik kerja sama-sama.
 Pernah motor tiba-tiba mati dalam hujan, berteduh bawah jambatan.
 Sangat bermakna kenangan itu walaupun dalam keadaan basah. 
Kalau ayah oustation, balik naik tren, mak tunggu di stesen Serdang, jalan ke Mines, singgah makan kedai mamak, sebab ayah tak ada, kalau ayah ada dia tak bagi makan roti canai. 
Hehe. 
Lepas ni aku kene balik dengan akak ipar, naik tren ke ofis dia, tak tau lagi macam mana, tapi tu yang abang aku cakap buat masa sekarang ni.




****




Sampai rumah tukar baju, bual-bual, terus makan malam sambil tengok drama Indonesia, Kejora dan Bintang.
 Habis makan je, Kejora pon habis, kemas-kemas, mandi dan solat.
 Bual-bual sambil tengok berita, dan gosip-gosip, gelak-gelak.
 Aku akan rindu itu semua.
 Lepas ni tak tau lagi ape rutin di rumah abang. 


*********************************************************************



Mak pesan, "Tolong kak acik kat dapur."



Selamat Pergi dan Selamat Pulang. Doa kan adik di sana nanti.
I will Miss U both so badly.

http://www.emocutez.com

2 comments:

Izyan R. said...

Huhu.. Skrg dh hidup seperti zamam bljr kn.. Jauh dari mak ayh.. Kne bgn sndri.. Uruskn idop sndri.. Huhu.. Smoga maklong n paklong slmt pergi dn blk.. Amal diberkati Allah =)

KiUk said...

kalau time blaja tak rasa sgt..sbb byk masa free...klas tak la full sehari..kerja ni mcm lain skit..sayu je hati hari tu...